Powered By Blogger

Jumaat, 17 Januari 2014

Tips Atasi Rambut Nipis

Selalu dengar kan masalah rambut nipis,  bagi sahabat aqhi  yang ada masalah ni mesti rasa bosan mempunyai rambut nipis dan tumbuh jarang2 kan?.. ni aqhi sekadar kongsi bahan yang aqhi dapat jerr ce cuba dulu.. :)

       Rambut yang nipis cenderung untuk terlihat seakan-akan kering dan kusam. Untuk itu, di bawah ini ada beberapa tip dan cara merawat rambut agar sentiasa tumbuh sihat dan lebat.


1. Hindari minuman kafein berlebihan

Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak kafein dapat menambahkan masalah pada rambut. Untuk itu, hindari mengambilnya secara berlebihan. Seperti kopi, coklat dan minuman bertenaga. Namun sebaliknya, anda harus bnyak mengambil minuman air putih agar kelembapan dan kesuburan rambut sentiasa terjaga.

2. Perhatikan syampu

Untuk mendapatkan rambut yang lebat, sebainya pilih la syampu yang mempunyai lebel seperti 'extra body, volumizing shampoo, extra volume hair' dan 'bodifying'. Syampu yang memiliki label berkenaan biasanya memiliki kandungan bahan kimia aktif yang dapat membuat rambut menjadi lebat.

3.Cukup protein dan vitamin

Protein dan vitamin B memiliki kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Kedua-dua kkandungan nutrisi ini akan membuatkan rambut menjadi lebih subur dan lebat. Zat protein bnyak terkandung dalam daging dan telur. Vitamin B pula banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan pisang.

4. Rawatan kepala

Rawatan seperti memicit bahagian kepala dapat membuatkan aliran darah kembali lancar. Disebabkan itu, pertumbuhan rambut tidak akan terganggu. Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menyapu pada keseluruhan rambut. Minyak daripada tumbuhan itu memiliki fungsi untuk menguatkan akar rambut serta menghindarkan rambut dan kulit kepala anda kekeringan.

5. Daun lidah buaya

Isi daun lidah buaya memang sangat terkenal untuk pengjagaan rambut yang baik. Lidah buaya memiliki fungsi 'pelembab' yang dapat memberikan nutrisi tambahan pada rambut. Cara penggunaanya, tumbuk dua atau tiga helai daun lidah buaya yang sudah dikupas halus. Lalu sapukan pada rambut dan kulit kepala. Kemudian biarkan selama 15 minit, selepas itu bilas dengan air bersih.

6. Guna Madu

Madu adalah salah satu makanan kaya nutrisi yang memiliki sejuta manfaat bagi tubuh. Malah, madu juga banyak digunakan untuk produk kecantikan. Untuk mendapatkan manfaat madu bagi rambut, cukup sekadar satu sudu besar madu dan lumurkan pada rambut selama 15 minit. Bahkan ia akan menjadikan rambut kelihatan lembab dan kurang kusut.

7. Daun pandan

Selain berfungsi sebagai haruman pada makanan, daun pandan ternyata mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan rambut. Daun yang memiliki aroma wangi ini harus anda ambil daunnya untuk digunakan sebagai syampu. Caranya, rebus 5 hingga 10 helai daun pandan tua yang sudah dipotong dalam satu liter air. Selepas itu, segera angkat air mendidih yang sudah berubah kehijauan. Bairkan ia disimpan selama satu satu hari kemudian baru pakai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan