Berjalan kaki cara paling selamat dan berkesan dalam meneurunkan berat badan. Paling penting ia harus dilakukan secara konsisten. Ia tidak mengambil kira bilangan, tetapi kekerapan anda berjalan.
Berjalan kaki dengan laju sebanyak tiga kali seminggu mempu membantu menurunkan berat badan dan mencapai sasaran untuk menjadikan diri lebih sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti lasak kerana berjalan kaki dengan laju boleh membakar sehingga 100 kalori setiap minit.
Sekiranya seseorang berjalan selama 60 minit tiga kali seminggu, secara tidak langsung dapat membakar 1,800 kalori setiap minggu. Jika anda tidak mampu melakukan senaman lasak, berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit mampu membantu mendapatkan berat yang ideal.
Malah, masa berjalan boleh ditingkatkan dengan tambahan lima minit setiap minggu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan