Bismillahirahmanirrahim....
yang paling jauh bukanlah matahari
bukan juga bulan ataupun bintang
tetapi masa yang berlalu dan takkan kembali lagi
hari esok belum pasti milik kita..
- cuba bawa diri ini bersendirian, renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sebagai hamba di bumi Allah ini dan untuk diri kita dan keluarga. Tanya pada diri kita, adakah kita berlaku adil terhadap diri kita selama ini dan apakah yang telah kita lakukan dan sumbangkan sejak kita dilahirkan hingga saat ini... Sahabat jika waktu boleh diundurkan kembali, aqhi ingin undurkan masa dan sejarah kehidupan aqhi ini, banyak benda dan berbuatan yang aqhi lakukan tak dapat dimaafkan diri sendiri... Nasihat aqhi pada sahabat semua buat la perubahan, perubahan bagi aqhi memang sukar tetapi ia mengajar erti kesabaran. Bagi yang masih ada kedua ibu dan bapa jaga mereka sebaiknya, walaupun bagaimanapun sikap kedua ibu bapa kita terima mereka dan janganlah sesekali keluar perkataan yang akan melukakan hati mereka.. Tidak lupa pada sahabat-sahabat kaum Adam, jangan lah kamu lebihkan wanita lain selain dari ibu yang telah mengandungkan kamu dan yang telah melahirkan kamu, aqhi faham kadang-kadang bagi lelaki yang baik, bila berjumpa dengan orang yang dia paling sayang dalam hidupnya pasti akan melebih-lebihkan pasangan dari ibunya sendiri... Buang la sifat tu ya, apa aqhi tahu sekarang keluarga lebih penting dari segalanya kerna bila suatu hari wanita yang kita sayang tinggalkan kita pada ketika itu lah baru kita sedar ibu lah segalanya dan sentiasa bersama kita dan paling utama carilah cinta Allah dan rasul-Nya terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia.. Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tak bertepi, dan seluas laut yang tiada penghujung...JIKA JALAN SEMUA TERTUTUP UNTUK KAMU, CARILAH JALAN ALLAH... kerana jalan Allah seluas 7 Petala Langit dan seluas 7 Petala Bumi.....
![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan