Bismillahirahmanirrahim...
10 Pesanan Iman Syafie Untuk Renungan Kita Bersama,
Iman Syafie Menyebut Bahawa Barangsiapa Yang Ingin Meninggalkan Dunia Dalam Keadaan Selamat, Maka Lakukanlah 10 Perkara ini...
1.Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur,makan,mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.Hak Kepada Malaikat maut, iaitu menqadakan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah S.W.T
3.Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka membuang air kecil merata, memperbanyakkan solat tahjjud dan membantu orang yang dizalimi..
4.Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan meberi nasihat..
5.Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan..
6.Hak kepada Titian Sirat, Iaitu buang tabiat suka mengumpat,bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjemaah...
7.Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t, memperbanyakkan sedekah, membuat kebaikkan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak..
8.Hak Kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu Redha kepada qada' Allah s.w.t, sabar menerima bala dan bertaubat..
9.Hak Kepada Rasulullah s.a.w, iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing dalam mencari kelebihan dalam ibadah..
10.Hak kepada Allah s.w.t. iaitu mengajak menusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan...
InsyAllah ini sumber yang Aqhi dapat sama2 kita usha dapatkan ya... Sesungguhnya Allah sebaik-baik diserahakan urusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan