Powered By Blogger

Ahad, 19 Julai 2015

Celcom Masalah!!!

Pernah tak sesiapa langgan internet Celcom, lepas tu bila nak STOP langganan tak boleh buat cara macam-macam pun tak jadi kan.. mula lah sakit hati haha.. Saya bagi tip lah cara paling mudah telefon khidmat pelanggan Celcom je pastu tanya macam mana nak buat.. Tak kira lah Celcom ke Maxis atau Digi.. Paling mudah telefon ja pastu tanya macam mana nak buat..

Kalau sapa yang dah langgan internet celcom, nak stop internet pembaharuan automatik blh lah ikut cara ni.

Hantar STOP ke 28882

lepas dah hantar< nnati anda akan dapat msg yang dia tlis 
RM0 Pembaharuan automatik pelan internet harian  NET1 anda telah berjaya dihentikan.
untuk melanggan semuala,hantar NET1 ke 28882. utuk pelan lain, dail *118#

yang NET1 tu ikut internet apa yang anda pkai.. saya pkai RM1 j sbb tu NET1

Jumaat, 17 Januari 2014

Cara Menurunkan Berat Badan

Berjalan kaki bakar 100 kalori setiap 10 minit

Berjalan  kaki cara paling selamat dan berkesan dalam meneurunkan berat badan. Paling penting ia harus dilakukan secara konsisten. Ia tidak mengambil kira bilangan, tetapi kekerapan anda berjalan.
      Berjalan kaki dengan laju sebanyak tiga kali seminggu mempu membantu menurunkan berat badan dan mencapai sasaran untuk menjadikan diri lebih sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti lasak kerana berjalan kaki dengan laju boleh membakar sehingga 100 kalori setiap minit.
      Sekiranya seseorang berjalan selama 60 minit tiga kali seminggu, secara tidak langsung dapat membakar 1,800 kalori setiap minggu. Jika anda tidak mampu melakukan  senaman lasak, berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit mampu membantu mendapatkan berat yang ideal.
     Malah, masa berjalan boleh ditingkatkan dengan tambahan lima minit setiap minggu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Tips Atasi Rambut Nipis

Selalu dengar kan masalah rambut nipis,  bagi sahabat aqhi  yang ada masalah ni mesti rasa bosan mempunyai rambut nipis dan tumbuh jarang2 kan?.. ni aqhi sekadar kongsi bahan yang aqhi dapat jerr ce cuba dulu.. :)

       Rambut yang nipis cenderung untuk terlihat seakan-akan kering dan kusam. Untuk itu, di bawah ini ada beberapa tip dan cara merawat rambut agar sentiasa tumbuh sihat dan lebat.


1. Hindari minuman kafein berlebihan

Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak kafein dapat menambahkan masalah pada rambut. Untuk itu, hindari mengambilnya secara berlebihan. Seperti kopi, coklat dan minuman bertenaga. Namun sebaliknya, anda harus bnyak mengambil minuman air putih agar kelembapan dan kesuburan rambut sentiasa terjaga.

2. Perhatikan syampu

Untuk mendapatkan rambut yang lebat, sebainya pilih la syampu yang mempunyai lebel seperti 'extra body, volumizing shampoo, extra volume hair' dan 'bodifying'. Syampu yang memiliki label berkenaan biasanya memiliki kandungan bahan kimia aktif yang dapat membuat rambut menjadi lebat.

3.Cukup protein dan vitamin

Protein dan vitamin B memiliki kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Kedua-dua kkandungan nutrisi ini akan membuatkan rambut menjadi lebih subur dan lebat. Zat protein bnyak terkandung dalam daging dan telur. Vitamin B pula banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan pisang.

4. Rawatan kepala

Rawatan seperti memicit bahagian kepala dapat membuatkan aliran darah kembali lancar. Disebabkan itu, pertumbuhan rambut tidak akan terganggu. Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menyapu pada keseluruhan rambut. Minyak daripada tumbuhan itu memiliki fungsi untuk menguatkan akar rambut serta menghindarkan rambut dan kulit kepala anda kekeringan.

5. Daun lidah buaya

Isi daun lidah buaya memang sangat terkenal untuk pengjagaan rambut yang baik. Lidah buaya memiliki fungsi 'pelembab' yang dapat memberikan nutrisi tambahan pada rambut. Cara penggunaanya, tumbuk dua atau tiga helai daun lidah buaya yang sudah dikupas halus. Lalu sapukan pada rambut dan kulit kepala. Kemudian biarkan selama 15 minit, selepas itu bilas dengan air bersih.

6. Guna Madu

Madu adalah salah satu makanan kaya nutrisi yang memiliki sejuta manfaat bagi tubuh. Malah, madu juga banyak digunakan untuk produk kecantikan. Untuk mendapatkan manfaat madu bagi rambut, cukup sekadar satu sudu besar madu dan lumurkan pada rambut selama 15 minit. Bahkan ia akan menjadikan rambut kelihatan lembab dan kurang kusut.

7. Daun pandan

Selain berfungsi sebagai haruman pada makanan, daun pandan ternyata mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan rambut. Daun yang memiliki aroma wangi ini harus anda ambil daunnya untuk digunakan sebagai syampu. Caranya, rebus 5 hingga 10 helai daun pandan tua yang sudah dipotong dalam satu liter air. Selepas itu, segera angkat air mendidih yang sudah berubah kehijauan. Bairkan ia disimpan selama satu satu hari kemudian baru pakai.


Isnin, 13 Januari 2014

Lakukan Perubahan...

Bismillahirahmanirrahim....

yang paling jauh bukanlah matahari
bukan juga bulan ataupun bintang
tetapi masa yang berlalu dan takkan kembali lagi
hari esok belum pasti milik kita..


  • cuba bawa diri ini bersendirian, renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sebagai hamba di bumi Allah ini dan untuk diri kita dan keluarga. Tanya pada diri kita, adakah kita berlaku adil terhadap diri kita selama ini dan apakah yang telah kita lakukan dan sumbangkan sejak kita dilahirkan hingga saat ini... Sahabat jika waktu boleh diundurkan kembali, aqhi ingin undurkan masa dan sejarah kehidupan aqhi ini, banyak benda dan berbuatan yang aqhi lakukan tak dapat dimaafkan diri sendiri... Nasihat aqhi pada sahabat semua buat la perubahan, perubahan bagi aqhi memang sukar tetapi ia mengajar erti kesabaran. Bagi yang masih ada kedua ibu dan bapa jaga mereka sebaiknya, walaupun bagaimanapun sikap kedua ibu bapa kita terima mereka dan janganlah sesekali keluar perkataan yang akan melukakan hati mereka.. Tidak lupa pada sahabat-sahabat kaum Adam, jangan lah kamu lebihkan wanita lain selain dari ibu yang telah mengandungkan kamu dan yang telah melahirkan kamu, aqhi faham kadang-kadang bagi lelaki yang baik, bila berjumpa dengan orang yang dia paling sayang dalam hidupnya pasti akan melebih-lebihkan pasangan dari ibunya sendiri... Buang la sifat tu ya, apa aqhi tahu sekarang keluarga lebih penting dari segalanya kerna bila suatu hari wanita yang kita sayang tinggalkan kita pada ketika itu lah baru kita sedar ibu lah segalanya dan sentiasa bersama kita dan paling utama carilah cinta Allah dan rasul-Nya terlebih dahulu sebelum mencari cinta manusia.. Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan sesungguhnya pengampunan Allah itu seluas langit yang tak bertepi, dan seluas laut yang tiada penghujung...JIKA JALAN SEMUA TERTUTUP UNTUK KAMU, CARILAH JALAN ALLAH... kerana jalan Allah seluas 7 Petala Langit dan seluas 7 Petala Bumi.....

Ahad, 12 Januari 2014

Hakikat Kehidupan...


Bismillahirahmanirrahim....
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup
pintu yang lain akan terbuka untuk kita
tetapi selalunya kita akan memandang dan menunggu
pintu yang telah tertutup untuk kita terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang lain
yang telah pun lama telah terbuka dan 
     sedang menanti untuk diri ini....

10 pesanan Iman Syafie.....

Bismillahirahmanirrahim...

10 Pesanan Iman Syafie Untuk Renungan Kita Bersama,
Iman Syafie Menyebut Bahawa Barangsiapa Yang Ingin Meninggalkan Dunia Dalam Keadaan Selamat, Maka Lakukanlah 10 Perkara ini...

1.Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur,makan,mengurangkan 
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.Hak Kepada Malaikat maut, iaitu menqadakan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah S.W.T

3.Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka membuang air kecil merata, memperbanyakkan solat tahjjud dan membantu orang yang dizalimi..

4.Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan meberi nasihat..

5.Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan..

6.Hak kepada Titian Sirat, Iaitu buang tabiat suka mengumpat,bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjemaah...

7.Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t, memperbanyakkan sedekah, membuat kebaikkan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak..

8.Hak Kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu Redha kepada qada' Allah s.w.t, sabar menerima bala dan bertaubat..

9.Hak Kepada Rasulullah s.a.w, iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing dalam mencari kelebihan dalam ibadah..

10.Hak kepada Allah s.w.t. iaitu mengajak menusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan...

InsyAllah ini sumber yang Aqhi dapat sama2 kita usha dapatkan ya... Sesungguhnya Allah sebaik-baik diserahakan urusan 

Sabtu, 11 Januari 2014

Sebagai Buat Renungan Bersama..

Bismillahirhmanirrahim...

merasa Senang diatas
Kesenangan adalah mudah...

merasa Susah diatas
Kesusahan adalah mudah...

merasa Senang diatas
Kesusahan itulah yang sukar....